fbpx

Terima kasih kerana berminat dapatkan E-book ini. Anda boleh download e-book anda dengan klik butang dibawah:

BTW.. Saya ada sesuatu nak dedahkan kepada anda. teruskan baca dibawah.

Amaran! Anda mungkin akan rasa kurang selesa dengan pendedahan dalam page ini. Tapi, lebih baik anda tak selesa sekarang, dari sengsara di masa depan.

Attention Rakyat Malaysia yang rajin berusaha mencari rezeki setiap hari!

Nak Ke Kalau Saya Bantu Anda Sediakan Duit 6 ke 7 angka untuk anda Dan Insan tersayang Guna bila anda dah tak mampu lagi berkerja?

(Kalau nak.. Baca page ini sampai habis.)

Sebelum kita bercakap tentang duit 6 ke 7 angka.. Saya nak ajak anda berfikir tentang situasi anda sekarang..

Saya anggarkan, sekarang anda masih sihat.. Kuat.. Berkemampuan, dan bertenaga untuk berkerja. Betul?

Dan boss anda pun sayang anda sebab anda seorang pekerja yang perform!

Setiap hujung bulan, boss anda akan bayar gaji anda. 

Dan sebagai seorang yang bijak berbelanja, anda rancang dan urus gaji itu dengan sebaiknya..

Anda dah susun siap-siap untuk:

Bayar rumah sewa..

Bayar sewa kereta..

Bayar bil api, air, internet..

Duit minyak, tol..

Perbelanjaan diri sendiri..

Hobi..

Keperluan keluarga..

Duit simpanan..

Dan macam-macam lagi..

Normal kan bunyinya? Lebih kurang macam hidup anda sekarang kan?

Okay, sekarang, jom kita mula cakap tentang duit 6 angka.

RM 0

Anda pernah ada duit sebanyak ini dalam akaun simpanan anda?

Jangan risau kalau tak pernah.. Itu normal 🙂

Tapi jom bayangkan kalau suatu hari nanti, setelah anda berusaha keras dan berdisiplin simpan duit, akhirnya anda berjaya kumpul duit sebanyak ini.

Mesti macam-macam kan anda boleh buat?

Melancong..

Bahagiakan ibu bapa..

Beli kereta mewah..

Pergi haji..

Makan mewah..

Beli rumah..

mulakan bisnes..

melabur..

Oh indahnya!

Tapi..

Pernahkah anda berfikir dengan logik, berapa banyak duit yang anda perlu buat atau simpan setiap bulan untuk anda kumpul sebanyak ni dalam akaun bank anda?

Jom kita buat kira-kira..

Kalau anda menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan tanpa gagal, anda akan perlukan 42 tahun untuk kumpul sebanyak itu.

Kalau anda menyimpan sebanyak RM500 setiap bulan tanpa gagal, anda akan perlukan 17 tahun untuk kumpul sebanyak itu.

Kalau anda menyimpan sebanyak RM1,000 setiap bulan tanpa gagal, anda akan perlukan 9 tahun untuk kumpul sebanyak itu.

Ya.. Itulah duit yang anda kena simpan dengan penuh disiplin setiap bulan untuk dapat simpanan 6 angka.

Susah? Atau Senang? Anda sendiri tahu jawapannya.. Lain orang lain situasinya, betul? 🙂

Tapi berbaloi lah kan menyimpan lama-lama untuk dapat hasil macamtu?

Banyak tu!

Tapi sedarkah anda..

Yang duit sebanyak itu sebenarnya boleh habis sekelip mata sahaja kalau apa-apa kemalangan atau sakit menimpa anda?

Jom kita tengok gambar bawah ni:

Ini adalah anggaran kos perubatan di Malaysia, dan macam yang anda boleh tengok, kebanyakan dari rawatan ini memang memerlukan kos 5 ke 6 angka.

Tak cukup dengan tu.. Kos rawatan di Malaysia juga setiap tahun meningkat sekitar 10 peratus.

Mahal kan?

Jadi kalau anda mengharapkan sepenuhnya kepada simpanan anda untuk membayar kos perubatan sekiranya anda sakit suatu hari nanti..

Maaf cakap.. Usaha anda menyimpan selama bertahun-tahun tadi memang akan lesap sekelip mata.

Simpanan

Derita tak habis kat situ..

Bukan wang simpanan anda je yang berada dalam risiko..

Cuba anda fikirkan..

Kalau sebelum ni bos anda bayar gaji anda sebab anda berkerja dengan dia.. Dan dengan duit gaji tu anda bayar komitmen setiap bulan.

Macam mana kalau anda tak boleh lagi datang berkerja.

Anda kena masuk hospital selalu untuk rawatan..

Dan kalau boleh datang kerja pun prestasi merudum sebab sakit yang dialami.

Anda rasa bos anda akan terus kekalkan anda? Bayar gaji anda? Sayang anda macam sebelum ni?

Mustahil kan? Bos anda buat bisnes, bukan rumah kebajikan.

So dekat sini..

Pendapatan anda juga berada dalam risiko.

Pendapatan

bila pendapatan terputus, siapa yang akan bayar komitmen anda tadi?

Kereta anda? Rumah? Bil-bil? Nafkah dan keperluan keluarga?

Anda tak boleh buat-buat lupa, walaupun musibah yang tak diingini melanda..

Tanggungjawab anda masih berjalan macam biasa!

Jadi, saya nak tanya balik soalan awal tadi kepada anda..

Nak Ke Kalau Saya Bantu Anda Sediakan Duit 6 ke 7 angka untuk anda Dan Insan tersayang Guna bila anda dah tak mampu lagi berkerja?

Kalau nak, izinkan saya kongsi kepada anda satu solusi..

"perlindungan Takaful"

Apa itu perlindungan takaful?

Dengan bahasa mudahnya macamni. Bayangkan anda kongsi sebuah tabung dengan berjuta lagi manusia lain.

Anda dan mereka yang lain dah berjanji, kalau anda sakit mereka akan tolong, dan kalau mereka sakit, anda akan tolong.

Jadi, setiap bulan anda (dan mereka pun) simpan duit sikit-sikit kat dalam tabung tu.

Dan macam yang dah dipersetujui, kalau ada apa-apa musibah terjadi kepada sesiapa sahaja yang menyimpan dalam tabung tu, dia akan terus dapat duit untuk bantu tampung perbelanjaan yang diperlukan.

Dengan kata lain, kalau anda sakit, berjuta orang yang lain tu akan pakat ramai-ramai menyumbang untuk bantu anda.

Bantu bayar kos rawatan, bayar bil hospital, bayar komitmen anda kalau anda dah tak boleh berkerja, atau pun bantu beri duit kepada keluarga anda kalau anda tak ada lagi didunia ni satu hari nanti.

Kalau anda sakit, anda tak perlu runsing nak fikir semua tu. Anda hanya berehat dikatil hospital, sambil makan anggur dan tengok TV. Okay lah kan?

Jadi.. Senang cerita..

Takaful = peace of mind

"tapi saya muda lagi.. sihat lagi.. perlu ke ambil Takaful awal-awal?"

Untuk pengetahuan anda, waktu sihat adalah satu-satunya waktu yang sesuai untuk ambil takaful.

Ingat.. Takaful hanya boleh dibeli dengan kesihatan. Dan berita buruknya, kita takkan tahu bila kita akan sakit.

Kalau dah "ter" sakit sesaat je sebelum anda ambil takaful, maaf sangat-sangat.. Anda sudah terlambat.

Dan kenapa anda perlu ambil takaful semasa muda?

Sebab semakin tua anda, semakin mahal anda perlu bayar setiap bulan untuk takaful.

Itu memang lumrah takaful yang anda kena terima. Tak kira mana-mana jenis takaful pun yang anda ambil.

Jadi buatlah keputusan kewangan yang betul semasa anda muda dan sihat.

"Tapi tak ramai kot yang kena penyakit kritikal ni kan? Macam tak biasa dengar je?"

Sebenarnya sakit kritikal dalam masyarakat kita lebih "common" dari yang anda sangka.

Tengok statistik dibawah:

Pepatah Inggeris mengatakan:

"Good preparation is better than hope for a miracle"

Lebih baik kita bersedia, daripada mengharap keajaiban yang belum tentu terjadi.

Tapi saya bagitahu awal.. Takaful ni memang tak sesuai untuk semua orang. Cuba check jap.. Adakah anda ada mana-mana ciri-ciri dibawah:

Kalau anda salah seorang dari golongan kat atas ni, takaful memang bukan untuk anda.

Masih disini? Anda tak ada ciri-ciri kat atas ni?

Tahniah! anda awesome!

Kalau anda dah baca sampai kesini, saya anggarkan anda dah nampak sedikit sebanyak kelebihan takaful kan?

Cumanya, mungkin masih banyak soalan yang berlegar-legar dalam fikiran anda. Betul?

Saya faham.

Memang betul, banyak soalan yang perlu anda tanya sebelum ambil takaful.

Anggaplah macam ni..

Anda memang sudah ditakdirkan untuk baca page ni, dan anda berada ditempat yang tepat.

Sebab saya ada untuk anda.

Hi.. Saya shafiq!

Saya adalah seorang perunding takaful yang sah berdaftar dengan Prudential BSN Takaful Berhad, dan bernaung dibawah Mateen Group, sebuah agensi takaful yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Kepakaran saya adalah memberi khidmat nasihat dan servis berkaitan takaful yang terbaik untuk anda, yang bakal melindungi diri dan keluarga anda dengan sebaiknya ketika memerlukan.

Kenapa anda perlu book sesi Konsultansi PERCUMA dengan saya hari ini:

Jadi jangan tunggu lama-lama. Orang kata tak kenal maka tak cinta.

jom kita berkenalan dulu.

×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp