Brainstorm headline untuk tarik perhatian prospek?

Tajuk utama atau lebih dikenali sebagai headline.

Sangat penting.

Ia membawa mesej yang bakal pelanggan nampak dalam 3 saat pertama.

Ada yang panggil scroll stopper.

Ada yang panggil thumb stopper.

Tak kisah nak panggil apa pun.

.

Yang penting kita faham tugas utamanya iaitu..

“Dapatkan perhatian.”

Dalam dunia marketing, asas utama adalah:

1 – Dapatkan perhatian.

2 – Kekalkan perhatian.

3 – Conversion (Prospek tanya, beli dan sebagainya)

.

Sebab itu ramai orang hari ini sanggup gadai maruah untuk dapatkan perhatian.

Kerana kita bukan lagi zaman price war.

Tapi kita berada dalam zaman attention war.

Perang perhatian.

.

Berbalik semula pada topik headline.

Macam mana nak tulis headline yang bagus?

Jawapannya: Tak ada.

.

Headline ini kena eksperimen sampai bila-bila.

Ada masa, headline yang simple akan menang.

Ada masa, headline yang spesifik akan menang.

Ada masa, headline yang nampak macam bodoh pun boleh menang.

.

Dalam masa sama, kita boleh belajar cara tulis headline menggunakan psikologi mind trick.

Kaedah ini saya belajar bukan daripada guru atau buku copywriting.

Saya belajar dengan stand up comedian.

Pelawak yang perlu menghiburkan beribu orang secara spontan.

.

Macam Dave Chapelle, Kevin Hart, Douglas Lim, Harith Iskander, Jozan dan mana-mana pelawak yang kita kenal.

Apa yang kita boleh belajar daripada mereka?

Apa kaitannya dengan headline?

.

Pelawak-pelawak yang hebat ini, mereka ada 1 skill yang dilatih (dan mungkin bakat) dalam diri mereka.

Iaitu mereka mahir menggunakan plot twist.

Apa itu plot twist?

.

Senang cerita, orang ingat kita akan cakap A.

Tapi kita akan bagi jawapan sebaliknya.

.

Contoh?

Orang ingat kita akan cakap: Tudung saya cantik.

Jawapan sebaliknya: Tudung saya buruk.

.

Plot twist adalah kemahiran mengenal pasti apa yang orang mahu kita cakap, kemudian memberikan jawapan sebaliknya.

Plot twist adalah skil dalam headline yang berpotensi membantu kita menghasilkan mesej untuk dapatkan perhatian.

Sentiasa ingat ayat ini:

“People react when you are against their expectation.”

Sampai hari ini, kita akan bagi perhatian bila kita nampak sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita mahu.

.

Dalam masa sama, kita tak boleh guna sewenang-wenangnya.

Ada peraturan dan tertib.

Supaya kita tak menipu atau hanya melakukan aktiviti murahan.

.

Tertib dalam penghasilan headline menggunakan plot twist adalah:

Tertib pertama: Tahu apa yang orang nak kita cakap.

Tertib kedua: Plot twist.

Tertib ketiga: Terangkan cerita sebenar.

.

Contoh untuk kita praktiskan?

Produk: Tudung

Tahu apa yang orang nak kita cakap: Tudung ini cantik.

Plot twist (Jadikan sebagai headline): Tudung ini tak cantik

Terangkan cerita sebenar (Jadikan sebagai introduction / content selepas headline): Kawan yang bagi hadiah.

Dalam gambar macam tak cantik.

Tapi bila dah pakai, memang nampak gorgeous.

Sampai kawan-kawan tanya beli kat mana.

.

Selain daripada headline plot twist, cara paling cepat, senang dan efektif menulis headline adalah menerusi…

“Tulis apa yang pelanggan kita cakap selepas guna produk / servis.”

Cara ini tak akan lapuk dek zaman.

Sebab manusia membeli apabila melihat dan membaca pengalaman daripada orang lain.

Sebagai contoh?

Kita ada customer yang repeat order tudung.

Beli banyak kali. Mesti ada sebab.

Kita hargai mereka. Bagi hadiah (percuma tudung atau hadiah lain).

Kita cuma mahu feedback mereka.

Cara paling senang? Video call.

Contoh-contoh ayat yang saya pernah dapat sendiri:

“Tudung cantik sangat. Memang 100% sama macam dalam gambar dan video iklan.”

“Kualiti tudung ini yang susah nak kedut buat saya repeat order 3 kali bulan ini.”

“Suami cakap jangan cari tudung lain. Sebab nampak cantik sangat di mata dia.”

Nak belajar lebih lagi? Follow media sosial saya.

Leave a Reply